Whatsapp: 013-922 0533 / 013-669 3851 contact@tuitionhanzee.com

TERMA & SYARAT MENDAFTARKAN DIRI di TUITIONHANZEE.COM (TUTORS)

SILA BACA DENGAN TELITI SEMUA TERMA & SYARAT INI SEBELUM DAFTARKAN DIRI. JIKA ANDA MENERUSKAN PENDAFTARAN BERMAKNA ANDA DIKIRA MENERIMA SEGALA TERMA & SYARAT INI. JIKA ANDA TIDAK MENERIMA MANA-MANA TERMA & SYARAT DIBAWAH, ANDA DINASIHATKAN UNTUK TIDAK BERDAFTAR.

KELAYAKAN

a) Anda mestilah warganegara MALAYSIA.

b) Berumur 21 tahun ke atas.

c) Anda mestilah mempunyai kelayakan akademik yang minimum dan mendapat gred yang bagus dalam subjek yang anda ingin mengajar.

PRIVASI DATA

a) Anda dengan ini mengesahkan yang segala informasi yang diberi kepada TUITIONHANZEE.COM adalah benar. Jika data yang diberi didapati adalah tidak benar, kami mempunyai hak untuk menutup akaun anda.

b) Maklumat anda yang tidak ditunjukkan di profil awam anda (contoh status perkahwinan, alamat rumah anda, nombor telefon dan lain-lain) akan dirahsiakan oleh pihak kami. Informasi yang diminta ini adalah untuk mengesahkan diri anda sebagai tutor yang berdaftar dengan TUITIONHANZEE.COM.

c) Jika ibubapa atau pelajar merasakan yang mereka perlukan maklumat tambahan atau ingin meminta maklumat tambahan persendirian anda, pihak kami sendiri akan hubungi anda.

d) Anda perlu faham yang jika anda dipilih untuk mengajar, tempat mengajar adalah di rumah pelajar. Ini bermakna, anda akan memasuki kawasan persendirian ('private property') seseorang. Oleh itu, adalah sangat penting yang pihak TUITIONHANZEE.COM memastikan yang anda adalah seseorang yang boleh dipercayai untuk dibawa masuk ke dalam rumah, dan menjadi pengajar kepada pelajar tersebut.

MEMOHON JOB

a) Sebelum memohon sebarang job, sila baca dengan teliti maklumat job terutamanya lokasi, masa/hari, bayaran dan nota. Jika anda boleh atau bersetuju dengan keperluan job itu, barulah anda mohon job tersebut.

b) Jika didapati yang anda tidak boleh memenuhi keperluan job itu tetapi anda tetap menekan butang mohon, kami berhak untuk tutup akaun anda untuk dipaparkan dan kami tidak akan lagi mengambil anda sebagai tutor kerana anda.

KOMISEN & BAYARAN

a) Komisen adalah mengikut ‘Polisi Hanzee’ yang kami akan hantar melalui email anda setelah anda telah daftar sebagai tutor dengan TUITIONHANZEE.COM. Lain-lain komisen akan dinyatakan di ruang komisen di maklumat job tuisyen di rumah.

b) Semua gaji anda akan dibayar oleh pihak kami setiap bulan. Jadi anda tidak perlu risau tentang kemungkinan anda tidak dibayar. Sebarang pertanyaan tentang bayaran boleh terus whatsapp 0139220533. Gaji adalah mengikut bayaran setiap jam setelah ditolak komisen yang kami nyatakan sebelum bermulanya kelas.

c) Gaji yang kami bayar setiap bulan adalah mengikut jumlah kelas dan jam telah buat untuk bulan tersebut dan telah ditolak dengan komisen kami tetapkan. Jadi gaji tidak tetap setiap bulan kerana bergantung pada jumlah sesi kelas dan jam kelas yang anda hadir.

d) Anda dilarang untuk meminta apa-apa bayaran daripada ibu bapa secara terus. Jika ada apa-apa bayaran anda perlukan sila hubungi pihak kami.

PENGGUNAAN LAMAN WEB

a) Anda dipersilakan untuk menggunakan semua kemudahan yang ada di laman web ini

b) TUITIONHANZEE.COM mempunyai hak untuk menambah, mengemaskini, menukar, atau memadamkan sebarang maklumat dan informasi di laman web pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

PENOLAKAN TUNTUTAN ('DISCLAIMER')

a) TUITIONHANZEE.COM hanyalah merupakan agensi perujuk tutor yang sedang mencari job untuk mengajar dan kami tidak bertanggungjawab ke atas segala khidmat yang diberikan oleh tutor-tutor berdaftar di laman web ini. Adalah tanggungjawab setiap tutor untuk menjaga kualiti khidmat tuisyen sendiri, mengatur jadual tuisyen, membayar cukai ke atas segala pendapatan dari tuisyen, dan segala perkara dan tanggungjawab lain yang berkaitan dengan khidmat tuisyen anda.

b) TUITIONHANZEE.COM tidak akan bertindak sebagai pihak ketiga atau orang tengah dalam mana-mana kes perbalahan atau ketidak puashatian yang berlaku antara tutor dan klien (ibubapa atau pelajar atau pemilik pusat tuisyen). Walaubagaimanapun, kami bersedia untuk memberikan pandangan serta cadangan kami.

c) TUITIONHANZEE.COM tidak terlibat dengan interaksi antara tutor dan klien (ibubapa atau pelajar atau pemilik pusat tuisyen). TUITIONHANZEE.COM tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana perbalahan, tuntutan, kehilangan, kecederaan, atau kerosakan yang mungkin akan berlaku semasa, sebelum atau selepas mana-mana sesi tuisyen. Risiko mengajar di tempat klien adalah bergantung sepenuhnya kepada anda dan dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya.

Terma & Syarat - Tutor

Saya dengan ini telah mengesahkan yang saya telah membaca dan meneliti sepenuhnya segala terma dan syarat di atas, telah faham sepenuhnya dan bersetuju sepenuhnya. Sila teruskan 'Daftar' jika anda bersetuju terhadap segala terma & syarat di atas.