Whatsapp: 013-922 0533 / 013-669 3851 contact@tuitionhanzee.com

Tanya Dan Jawap

Jika saya tiada pengalaman mengajar tuisyen bolehkah saya mohon kelas untuk mengajar?

Anda boleh mohon kelas seperti biasa asalkan anda komited untuk mengajar. Anda perlu sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi anda melalui cara pengajaran dan penyampaian semasa mengajar dalam kelas dari semasa ke semasa. Anda perlu bersedia untuk mengajar sebelum pergi ke kelas. Anda boleh dapatkan pengalaman dengan mengajar adik anda, jiran atau rakan anda. Anda juga boleh dapatkan pengalaman mengajar di pusat tuisyen.

Berapakah umur minimum layak untuk saya berdaftar sebagai tutor di TUITIONHANZEE.COM?

Umur anda mestilah 21 tahun dan ke atas mengikut tarikh lahir anda.

Adakah saya perlu membayar apa-apa yuran pendaftaran untuk saya daftarkan diri?

Tidak perlu. Pendaftaran adalah percuma dan kami hanya ambil komisen yang telah ditetapkan bagi setiap kelas yang anda ajar.

Berapakah komisen yang perlu saya bayar untuk setiap kelas?

Komisen setiap kelas adalah mengikut apa yang dinyatakan dalam Polisi Hanzee. Kami telah hantar Polisi Hanzee bersama dengan Borang Kedatangan Tutor ke email anda setelah anda daftar sebagai tutor. Lain-lain komisen akan dinyatakan di ruang komisen pada setiap maklumat job tuisyen di rumah.

Bagaimana saya boleh memohon job tuisyen di rumah?

Jika anda berminat untuk mengajar mana-mana job yang ditawarkan, sila klik pada perkataan “Mohon untuk Job ini”. Kami akan hubungi anda jika ibu bapa bersetuju untuk mengambil anda sebagai tutor anak mereka.

Apa itu ‘Polisi Hanzee’?

‘Polisi Hanzee’ ialah terma dan syarat yang mesti anda patuhi semasa menjalankan tugas sebagai tutor di bawah selingan TUITIONHANZEE.COM. Polisi Hanzee akan dihantar bersama ‘Borang Kedatangan Tutor’ melalui email. Setelah anda dapat job tuisyen melalui tuisyen Hanzee, anda perlu ikut terma dan syarat dalam Polisi Hanzee. Kami berhak untuk memberhentikan anda serta-merta jika anda melanggar mana-mana butiran Polisi Hanzee yang dinyatakan.

Apa itu ‘Borang Kedatangan Tutor’?

‘Borang Kedatangan Tutor’ ialah borang yang anda perlu bawa setiap kali ke kelas untuk mengesahkan kehadiran anda dengan ibu bapa atau pelajar. Borang Kedatangan Tutor akan dihantar bersama ‘Polisi Hanzee’ melalui email. Anda wajib membawa ‘Borang Kedatangan Tutor’ setiap kali hadir ke kelas untuk mengajar. Anda juga wajib mengambil tandatangan ibu atau bapa pelajar atau pelajar itu sendiri setiap kali hadir ke kelas. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan semasa pihak kami meminta yuran dari ibu bapa.

Perlukah saya hantar sijil-sijil berkaitan untuk memohon job di rumah dengan TUITIONHANZEE.COM?

Anda digalakkan untuk menghantar sijil-sijil berkaitan. Tutor yang menghantar sijil-sijil ada kemungkinan yang tinggi untuk dapat job dengan TUITIONHANZEE.COM. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau semua data yang anda hantar kepada kami adalah rahsia dan kami tidak akan disiarkan di mana-mana.

Bolehkan saya berhenti mengajar tuisyen dalam masa yang singkat?

Kami tidak menggalakkan anda untuk berbuat begitu kerana ini akan merendahkan kreadibiliti anda sebagai tutor. Anda hendaklah mengajar lebih dari enam(6) bulan dan ke atas. Jika ini terjadi kami serta merta akan tutup profil akaun anda. Gaji akan dibayar mengikut kelas yang anda hadir dan komisen adalah seperti yang ditetapkan. Sila fikirkan dengan teliti sebelum anda menerima mana-mana job yang kami tawarkan.

Jika saya ada soalan lain, siapa yang boleh saya hubungi?

Anda boleh whatsapp terus ke nombor 0139220533.