Whatsapp: 013-922 0533 / 013-669 3851 contact@tuitionhanzee.com

Tanya Dan Jawap

Apakah kelayakan tutor di TUITIONHANZEE.COM? Adakah mereka guru sekolah?

Kebanyakan tutor di TUITIONHANZEE.COM adalah cikgu home tuisyen sepenuh masa atau sampingan. Kebanyakan guru sekolah kurang mahu membuat home tuisyen kerana mereka tidak dapat memberi komitmen dan tumpuan kepada tugas yang lain di luar waktu sekolah. Ini disebabkan tugas mereka sebagai guru sekolah memang memenatkan dan mereka mahu berehat serta meluangkan masa dengan keluarga  selepas waktu bekerja.

Namun, tutor-tutor kami yang bukan guru sekolah juga berpengalaman mengajar dan ini terbukti apabila hasil didikan mereka telah dapat membantu ramai pelajar mencapai peningkatan dalam pelajaran.  Setiap tutor ini juga mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah atau Diploma dalam bidang masing-masing.

Tambahan lagi, Tuan/Puan boleh meneliti sendiri latar belakang tutor yang berminat untuk mengajar anak Tuan/Puan. Jika Tuan/Puan berpuashati dan bersetuju, barulah nombor telefon mereka akan diberikan untuk Tuan/Puan hubungi dan temubual lebih lanjut sebelum memutuskan untuk mengambil khidmat mereka atau tidak. Disamping itu, pihak TUITIONHANZEE.COM juga memberikan jaminan tambahan terhadap khidmat tutor-tutor yang dicadangkan oleh kami.

Adakah saya perlu membayar khidmat pihak TUITIONHANZEE.COM untuk membantu saya mendapatkan cikgu tutor untuk anak saya?

Tiada apa-apa bayaran dan perkhidmatan kami adalah percuma.

Jika saya tidak berpuashati terhadap khidmat tutor yang diberikan oleh pihak TUITIONHANZEE.COM, adakah saya akan diberikan gantirugi?

Jika Tuan/Puan tidak berpuashati dari kelas pertama lagi, Tuan/Puan perlu terus beritahu pihak kami selepas kelas pertama dan tidak perlu membayar kelas itu (percuma) dan kami akan dapatkan tutor lain sebagai ganti. Jika Tuan/Puan bersambung ke kelas kedua dan seterusnya, maka bayaran bulanan dikira termasuk dengan kelas pertama bermula.

Bagaimanakah caranya saya dapatkan tutor dari TUITIONHANZEE.COM?

Tuan/puan mempunyai dua(2) cara untuk mendapatkan tutor dari TUITIONHANZEE.COM. Tuan/Puan boleh klik pada link ini untuk lihat dua(2) cara tersebut.

Jika saya mempunyai pelajar lain yang ingin menyertai kelas, adakah kadar bayaran bertambah atau sama sahaja?

Kadar bayaran akan bertambah, namun bayaran untuk setiap pelajar akan menjadi berkurang. Setiap pelajar yang menyertai kelas akan ditambah RM5 per jam bagi setiap murid. Sila hubungi kami untuk mengesahkan pertambahan pelajar ini.

Berapa lama diperlukan untuk mendapatkan guru tuisyen? Saya mahukan anak saya memulakan kelas tuisyen di rumah secepat mungkin.

Bergantung pada masa dan hari yang tuan/puan mahukan kelas tersebut dan lokasi rumah tuan/puan. Jika masa dan hari adalah fleksibel (contohnya boleh buat kelas malam atau petang mana-mana hari), dan lokasi rumah tuan/puan adalah di bandar, maka lebih cepat. Ini juga bergantung pada tutor yang berminat memohon untuk mengajar anak puan. Tuan/Puan juga boleh memlilh sendiri tutor yang berdaftar dengan TUITIONHANZEE.COM. Sila klik SINI untuk memilih tutor anak anda.

Bagaimanakah cara saya membuat bayaran yuran? Adakah saya perlu membayar kepada pihak TUITIONHANZEE.COM atau kepada tutor?

Semua bayaran yuran bulanan termasuk duit buku adalah terus kepada pihak TUITIONHANZEE.COM. Setiap hujung bulan setelah kelas selesai untuk bulan tersebut, kami akan memberikan maklumat kelas yang tutor telah buat untuk bulan tersebut. Kami juga akan memberi maklumat tentang jumlah bayaran berserta nombor akaun bank untuk tuan/puan membuat bayaran yuran.

Saya merupakan pemilik pusat tuisyen. Bolehkah TUITIONHANZEE.COM membantu saya dapatkan guru tuisyen untuk mengajar di pusat tuisyen saya?

Ya, boleh. Sila whatsapp 0139220533 terus untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang hal ini. Kadar bayaran adalah berlainan.